Search This Blog

Tuesday 1 November 2011

Produk Ubat Furqon Terapi

JUS TERAPI ADAM


Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • Dirumus khas dengan herba2 terpilih yang terbaik untuk kesihatan lelaki
  • Mampu merawat pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, urat saraf, lemah tuboh badan dan kurang tenaga batin
  • Dapat melancarkan aliran darah
  • Melawaskan kencing 
  • Memantapkan otot dan menguatkan tulang
  • Kelebihan jus terapi Adam ini telah dibaca dengan doa2 ayat suci Al Quran untuk penyakit2 yang berkaitan tentang rohaniah yang disebabkan oleh gangguan sihir santau serta makluk halus.
Harga sebotol RM98.00 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)

JUS TERAPI HAWA

Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • Dirumus khas dengan ramuan herba2 terpilih yang terbaik untuk kesihatan wanita.
  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.
  • Merapatkan rahim.
  • Menganjalkan dan membesarkan payu dara.
  • Meransangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah.
  • Merawat keputihan dan sengugut.
  • Menganjalkan dan menghaluskan kulit serta awet muda untuk wanita.
  • Mengurangkan lelehan mukus.
  • Menstabilkan hormon dan memberi tenaga.
  • Menambahkan tenaga batin bagi pasangan suami isteri
  • Mewangikan tubuh badan.
  • Kelebihan terapi hawa ini telah dibaca dengan doa2 ayat suci Al-Quran untuk penyakit2 yang berkaitan dengan rohaniah yang disebabkan oleh gangguan sihir,  santau serta makluk halus.
Harga sebotol RM98.00 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)

JUS TERAPI QISMANIS

Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • Dirumus khas dengan ramuan herba2 terpilih yang terbaik untuk pesakit yang mempunyai masalah kencing manis (diabetes) dalam keadaan kritikal atau tidak kritikal.
  • Mampu merawat penyakit gout, athriris, reumatik, dan penyakit batu karang.
  • Merawat jangkitan saluran kencing dan nephritis.
  • Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
  • Merawat kencing kotor.
  • Mengubati luka2 keresangan dan penyakit kudis buta.
  • Mengurangkan kencing kerap dan kencing tidak lawas.
  • Kelebihan jus terapi Qismanis ini telah dibaca dengan doa-doa ayat suci Al-Quran untuk penyakit2 yang berkaitan tentang rohaniah dan disebabkan oleh gangguan sihir, santau serta makluk halus.
Harga sebotol RM98.00 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)


JUS TERAPI TUMO
Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • Dirumus khas dengan ramuan herba-herbaterpilih yang terbaik untuk pesakit yang mempunyai masalah tumor (ketumbuhan)
  • Merawat penyakit jantung
  • Merawat reumatoid dan merawat pelbagai jenis tumor.
  • Merawat penyakit barah
  • Merawat jangkitan virus
  • Merencatkan pertumbuhan sel kanser dan melawan virus kanser dari merebak.
  • Kelebihan Just Terapi Tumo ini telah dibaca dengan doa-doa ayat suci Al-Quran untuk penyakit-penyakit yang berkaitan tentang rohaniah yang disebabkan oleh gangguan sihir, santau serta makhluk halus.
Harga sebotol RM98.00 (Tidak Termasuk Kos Penghantaran)

JUS TERAPI SARAF

Tidak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak bawah 12 tahun
  • Dirumus khas dengan ramuan herba-herba terpilih yang terbaik untuk pesakit yang mempunyai masalah saraf.
  • Mampu merawat penyakit yang melibatkan masalah sendi, saraf, strok dan lumpuh.
  • Merawat hilang ingatan.
  • Merawat masalah saraf mata.
  • Merawat penyakit parkinson.
  • Mengelakkan masalah nyanyuk
  • Kelebihan Jus Terapi Tumo ini telah dibaca dengan doa-doa ayat suci Al-Quran untuk penyakit-penyakit yang berkaitan tentang rohaniah yang disebabkan oleh gangguan sihir, santau serta makhluk halus.
Harga sebotol RM98.00 (Termasuk Kos Penghantaran)


PATI HABBATUSSAUDA

Produk ini adalah hasil dari ekstrak pati habbatussauda yang juga dilengkapkan dengan bacaan ayat al-quran bagi tujuan melindungi, menghalang dan merawat masalah berkaitan jin, sihir dan santau.Habbatussauda memang terkenal semenjak zaman nabi berdasarkan hadis baginda yang diriwayatkan oleh al-imam al-bukhari. Maksud hadis " Tetapkanlah kamu dengan habbatussauda ini, kerana sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala jenis penyakit kecuali as-sam (mati).
  • Kandungan: 30mg
  • Harga semenanjung: Rm60.00
  • Harga sabah/sarawak: Rm70.00


LOSYEN PATI HALIA



Produk ini diformulasikan untuk kegunaan urutan di seluruh badan. Membantu mengeluarkan lemak, membuang angin, sakit atau kembung perut, kebas dan sengal-sengal otot. Juga sesuai disapu apabila terkena bahan panas, gigitan nyamuk atau serangga. Sesuai juga untuk ibu lepas bersalin. Produk ini adalah formulasi hebat gabungan ekstrak pati halia, pati limau nipis dan minyak kayu putih.

  • Berat bersih: 160g
  • Harga semenanjung: Rm35.00
  • Harga Sabah/sarawak: Rm38.00
  • Untuk kegunaan luaran saja.


















Sila Hubungi Sdr M Fauzi (012-6670671) atau email : rizalnazri65@gmail.com untuk sebarang pertanyaan
Bank Cimb       : 7013538013
Bank Maybank : 162076601073


Galeri Darul Furqon
Persekitaran Kedai Furqon Terapi



Furqon Terapi Menyediakan Rawatan Herba & Gangguan Jin serta Sihir
Melalui Terapi Al-Quran

Produk-produk Herba Keluaran Darul Furqon


Monday 31 October 2011

Sihir Dan Sejarahnya


Dengan nama Allah yang Pemurah Lagi Maha Penyayang




Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai perkara ini, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan terlebih dahulu. Satu dilema berlaku masyarakat natijah daripada mazhab moden yang dibawa oleh golongan intelektual hasil didikan sekularasi barat, mengatakan perkara2 spiritual seperti sihir, jin, syaitan, hantu dan gangguannya adalah halusinasi akibat keletihan atau pun masalah mental akibat tekanan berterusan. Ini kerana tiada bukti2 sainstifik bagi membuktikan dakwaan perkara2 ini. Sebagai orang yang memahami bidang sainstifik, sepatutnya mereka lebih faham bahawa sains itu adalah satu cabang ilmu hasil daripada kajian.
Penyelidikan dan pembangunan dalam sains berlaku sejak dari tamadun dahulu hingga ke hari ini dan ia tak terhenti selagi manusia masih hidup atas muka bumi ini. Oleh itu ilmu sains hari ini bukanlah suatu yang muktamad, masih ada banyak perkara yang cuba diterokai, difahami dan dipelajari. Jadi janganlah mereka seperti orang bongkak yang terlalu ujub dengan kelebihan ilmu yang diperolehi hingga peringkat universiti.
Firman Allah SWT :
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
“Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” – Al-Luqman  : 27.

Sihir dari segi istilah merupakan satu perbuatan menyakiti atau mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang disihir secara tersembunyi (ghaib) yang melibatkan makhluk halus, dan dilakukan di luar hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu, contohnya menyakiti seseorang, mengubati penyakit dan juga meramal masa hadapan. Penggunaan istilah sihir dalam alam Melayu pada kebiasaannya merujuk kepada ilmu hitam.
Ibnu Khaldun dalam buku Muqaddimah menjelaskan sihir seperti berikut:
Ilmu sihir dan tilik adalah satu ilmu tentang persedian jiwa manusia untuk mempengaruhi alam kebendaan sama ada tanpa bantuan atau dengan bantuan dari langit. Yang pertama adalah sihir dan yang kedua adalah tilik. Oleh kerana ilmu-ilmu ini ditolak di sisi syariat kerana mengandungi bahaya, dan kerana di antara syarat-syaratnya ialah mengadap selain daripada Allah, seperti bintang atau sebagainya, maka kitab-kitabnya telah lenyap di kalangan manusia kecuali yang terdapat dalam kitab-kitab bangsa-bangsa purba termasuk yang ujud sebelum Nabi Musa AS seperti bangsa Qibti dan Kaldani.

Antara perkara yang dijumpai dalam catatan Mesir purba adalah mentera khusus untuk merawat kecederaan disebabkan kebakaran, seperti kata-kata Isis dalam satu lagenda Mesir "Isis dan Orisis" untuk menyembuhkan kanak-kanak bernama Horus yang dibakar oleh ahli sihir
.


Sihir dalam sejarah masyarakat dahulu


Keluarlah, wahai engkau yang datang di dalam gelap dan masuk secara sembunyi-sembunyi! Adakah engkau datang untuk mengucup kanak-kanak ini? Aku tidak mengizinkan mengucupnya. Adakah engkau datang untuk mengambilnya? Aku tidak mengizinkanmu mengambilnya dariku. Aku telah melindunginya darimu dengan rumput apis yang memedihkanmu, dengan bawang yang menyakitkanmu, dengan madu yang manis dirasa oleh makhluk-makhluk yang hidup dan pahit di mulut makhluk-makhluk yang mati, dengan beberapa bahagian yang busuk dari ikan abad dan dengan tulang ikan sungai.


Kisah sihir dalam Quran


  • Dalam Quran terdapat kisah dua malaikat Harut dan Marut (Surah Al-Baqarah, ayat 102), yang diturunkan untuk menentang tukang-tukang sihir yang lumrah pada zaman tersebut. Antara sihir yang diajar oleh Harut dan Marut kepada manusia adalah sihir yang boleh memisahkan antara suami dan isteri. Tujuan kedua-dua malaikat ini adalah untuk menunjukkan betapa sihir itu menuju ke jalan kekufuran. Sihir memisahkan suami dan isteri telah diturunkan di Babil sebagaimana ditemui beberapa mentera lama yang tertulis dalam bahasa Sumari, iaitu bahasa kuno yang wujud bebeapa abad sebelum masehi.[2]

  • Setiap Nabi dikurniakan mukjizat yang merupakan lumrah di kalangan umatnya pada masa itu. Nabi Musa AS dikurniakan mukjizat untuk berlawan dengan tukang-tukang sihir semasa zaman baginda, yang pada masa itu adalah pemimpin dan ketua-ketua kaum, sebagaimana dikisahkan dalam Surah Taha, ayat 63-69.
  • Rujukan mengenai sihir amat juga amat jelas dalam Surah Al-Falaq yang diturunkan setelah Nabi disihir oleh seorang Yahudi Arab.


Kedudukan sihir dalam Islam

Penganut agama Islam dilarang keras daripada mengamalkan sihir, kerana dianggap mengingkari hukum Allah/alam dan boleh jatuh syirik. Ia seolah-olah cuba menyaingi kuasa Allah.
Kedua-dua mazhab Sunni dan Shiah melarang penggunaan sihir. Di dalam aliran Sufi bagaimanapun terdapat konsep "barakah" yang merujuk kepada "rahmat" atau "kuasa Tuhan" yang diberikan kepada orang alim. Juga masih terdapat orang Islam yang menggunakan jin bagi tujuan yang baik seperti dalam perubatan dengan bantuan dari ayat Quran dan doa. Mazhab Wahhabi bagaimanapun melihat segala penggunaan jin atau makhluk halus walaupun untuk tujuan baik sebagai syirik.


Sihir di Alam Melayu

Ilmu hitam yang dapat diamalkan masyarakat Melayu terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut:
  1. Melindung diri
    1. Kebal
    2. Perubatan
  2. Mendapatkan kelebihan
    1. kesaktian
    2. Pengasih - Sejenis ilmu hitam yang dapat membangkitkan rasa kasih seseorang terhadap seseorang.
    3. Perapun
    4. Gagah
    5. Perangsang
    6. Penderas
    7. Pukau
  3. Mengawal/Memusnahkan musuh
    1. Penunduk: Digunakan untuk menundukkan orang lain seperti nasi tangas untuk menundukkan suami.
    2. Tuju - Jampi-jampi yang membuat orang sakit. Juga menggunakan alatan lain seperti telur layang (telur yang telah dijampi) untuk menyakiti orang dan boleh membawa maut.
    3. Pelalai
    4. Cuca - Jampi yang boleh menundukkan musuh atau yang dapat mengubati luka.
  4. Meramal masa hadapan
  5. Alimun


Sihir yang diamalkan boleh dikelaskan menurut beberapa kelompok seperti berikut:-
  1. Saka - Menggunakan jin/shaitan - kadam, toyol, datuk, suruhan, roh orang mati, hantu dll.
  2. Azimat
  3. Menggunakan mentera,jampi, serapah - ayat-ayat tertentu.
Mereka yang merawat sihir biasanya melalui beberapa kaedah atau cara:-
  1. Menggunakan ayat-ayat suci
  2. Menggunakan kuasa dalaman atau tenaga batin
  3. Menggunakan bantuan makhluk halus lain.
Pengamal perubatan Melayu yang merawat mangsa sihir boleh digolongkan kepada beberapa bahagin seperti:-
  1. Pawang -
  2. Dukun -
  3. Bomoh -
  4. Orang alim - melalui penggunaan ayat-ayat Al Quran.


Sihir dalam rujukan budaya pop

Di dalam media barat terutamanya yang ditujukan kepada kanak-kanak, ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita tua yang jahat dengan kulit yang berkedut dan topi berbucu tajam, berbaju hitam atau ungu, dengan hidung yang berketuat and kadang-kadang kuku yang panjang.
Ahli sihir selalunya menaiki penyapu terbang seperti dalam cerita Harry Potter dan filem Hocus Pocus. Mereka selalunya didampingi dengan kucing hitam dan terdapat ahli sihir yang baik seperti dalam cerita BewitchedCharmed dan The Craft.

Terminologi

Sihir

Sihir adalah kesepakatan atau perjanjian antara tukang sihir dengan syaitan dengan syarat si tukang sihir harus melakukan perbuatan2 haram dan syirik sebagai imbalan dari bantuan dan kepatuhan syaitan kepadanya.
Dalil wujudnya sihir
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. Al-Baqaroh : 102.

Jin dan Syaitan

Kadang2 masalah juga bila orang cerdik terlebih cerdik, mereka beranggapan syaitan dan jin adalah perkara tahyul@kurafat. Mungkin sebab itu mereka menganggap syaitan, jin dan iblis itu adalah suatu imiginasi dari halusinasi disebabkan oleh keletihan dan stress. Hairan juga orang seperti ini mengucapkan dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji, tetapi memegang iktikad mazhab moden barat seperti ini? Terlalu banyak dalil mengenai kewujudan syaitan, jin dan iblis dalam Al-Quran dan Hadis.  Antaranya.
Firman Allah SWT:
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan. Al-Jin:6.
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَن يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاء وَالْمُنكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah- langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. An-Nur:21.
Kesimpulan terhadap mazhab moden barat mengenai sihir, jin, syaitan dan iblis yang mengatakan ia adalah satu halusinasi, sebenarnya pengikut mazhab moden barat ini yang sedang berhalusinasi dengan egoistik dan tidak berpijak di dunia yang nyata.
Jadi mana pula datangnya terminologi hantu? Kerpercayaan karut orang Melayu? Seorang ustaz@lebai kat TV mengatakan bahawa hantu tak wujud kerana dalam Al-Quran dan hadis hanya menyebut tentang jin, syaitan dan iblis. Jadi hantu tak wujudlah? Kalau guna alasan seperti ini, nama aku, nama ustaz@lebai itu juga tak disebutkan dalam Al-Quran dan hadis, jadi adakah aku dan usataz@lebai juga tak wujud?
Sebenarnya “hantu” adalah satu terminologi, permainan bahasa yang merujuk kepada bangsa jin dan syaitan yang tinggal bersama dalam masyarakat manusia di negara kita. Dalam masyarakat melayu jin nakal@syaitan yang suka mengganggu manusia dinamakan sebagai “hantu”, dan dikelaskan mengikut rupa jelmaannya (toyol, bajang, langsuir, puaka dsb). Di negara barat mereka namakan sebagai “ghost”, dan dikelaskan seperti drakula, daemon, zombie dll. Bagaimana pula dengan “hantu bola”, ia bukan merujuk kepada jin sebalik orang yang terlalu taksub dengan bola sampai bola lah segala-galanya baginya, hidup dan matinya untuk bola. Jangan marah, :-) . Oleh itu, masalah istilah “hantu” bukan perkara pokok untuk dibincangkan.
Saka juga merujuk kepada jin atau syaitan yang kononnya mengikat perjanjian seseorang manusia atau lebih tepat jika dikatakan orang itu yang sebenarnya membuat perjanjian dengan jin atau syaitan dengan menjadikan seluruh keturunannya korban kesesatannya. Misalnya seorang moyang telah mengikat perjanjian dengan jin atau syaitan untuk sesuatu tujuan, jin dan syaitan ini akan diturunkan ke anak, cucu serta keturunannya setelah ia mati. Contoh: saka dalam persilatan adalah satu rekrut pewarisan saka secara besar2an. Contoh lain, syaitan yang disakakan dalam masyarakat melayu antaranya hantu raya, bajang, toyol, pontianak dan sebagainya. Ada juga saka yang tidak aggresif, tidak memaksa anak-cucu serta keturunan itu menerimanya. Ia mungkin tinggal bersama mana2 keluarga yang lebih disenanginya atau sekadar memerhati dari jauh.
Apa yang ingin kita bincangkan di sini adalah masalah sihir dan juga gangguan jin dan syaitan, termasuk syaitan manusia. Jika mengikut teori atau falsafah moden barat itu, maka kepada mereka yang menderita akibat gangguan sihir serta jin yang dilakukan oleh tukang2 sihir, mereka akan kebuntuan dan terpaksa menanggung derita hingga ke akhir hayat.
Pesakit atau mangsa mungkin berputus harap kepada Allah SWT atau mungkin juga akan melemahkan akidah atau seterusnya dalam kes yang lebih teruk, ia akan merosakkan akidah pesakit atau mangsa. Seolah-olah syaitan si tukang sihir itu berkuasa dan bebas melakukan apa sahaja kejahatan atas muka bumi ini, atau dalam kata lain syaitan si tukang sihir ini amat berkuasa dan kejahatannya amat digeruni atas muka bumi. Mungkin sebab inilah yang menyebabkan ada sesetengah golongan dalam masyarakat yang takutkan hantu lebih daripada takutkan Allah SWT. ATAU mungkin juga berlaku, mangsa mendapatkan bantuan tukang sihir lain @ mempelajari dan melakukan sihir sendiri untuk serangan balas atau balas dendam. Dalam istilah “sihir lawan sihir”, kedua-duanya murtad dan rosak akidah dan syaitanlah yang menang.

Hukuman ke atas tukang sihir

Menurut pendapat Imam Malik, si pelaku sihir harus dibunuh dan jika ia bukan beragama Islam atau ahli kitab, yang membunuh dengan sihirnya itu juga hukuman bunuh.
Ramai ulama bersepakat bahawa hukuman ke atas pengamal atau pelaku sihir adalah hukuman bunuh.
Tanda-tanda Gangguan Sihir dan Jin
  1. Sakit kepala selepas waktu Asar ke atas
  2. Sakit dada bila waktu Asar ke atas
  3. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu Asar
  4. Badan terasa berat dan malas
  5. Sukar mendapat jodoh
  6. Badan terasa berbisa-bisa
  7. Sakit ketika menziarahi orang meninggal
  8. Sukar tidur malam
  9. Selalu ditindih ketika tidur
  10. Sakit pinggang tanpa sebab
  11. mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya
  12. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi
  13. Bermimpi di tempat tinggi
  14. Bermimpi di tempat yang kotor
  15. Ada terasa benda bergerak di bawah kulit
  16. Bayi kerap menangis
  17. Bunyi guli jatuh dari syiling
  18. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil
  19. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali
  20. Malas dan lemah tanpa sebab ketika hendak bekerja
  21. Nyanyuk ketika usia lanjut
  22. Panas baran
  23. Sikap berubah secara mendadak
  24. Gelisah dan panas di tengkuk bila dengar bacaan Al-Quran
  25. Kerap sendawa bila mendengar Al-quran
  26. Mengantuk bila dengar Al-quran
  27. Suka melakukan tabiat buruk
  28. Kerap keguguran
  29. Mandul
  30. Gagal melakukan hubungan kelamin
  31. Nafsu seksual yang melampau
  32. Bermimpi seram yang menakutkan
  33. Darah haid turun lebih 15 hari
  34. Batuk yang berpanjangan 
  35. Kuat berangan
  36. Terlalu rendah dri dan tidak berkenyakinan
  37. Selalu melihat kelibat di rumah
  38. Terasa diri selalu diperhatikan
  39. Kerap mendengar sesuatu bisikan
  40. Melihat jin secara terus
  41. Sakit mental atau gila
  42. Gagal dan dingin ketika hampir jimak dalam usia muda.
  43. Strok atau lumpuh dalam keadaan badan dingin
  44. Malas beribadat

Amalan yang perlu diamalkan bagi mereka yang mempunyai tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas



  1. Surah Al-Fatihah (7x)
  2. Ayatul I-Kursi (7x)
  3. Surah Al-Baqarah ayat 285-286 (7x)
  4. Surah Al-Ikhlaas, Al-Falaq, An-Naas (7x)
  5. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W (7x)

Tiupkan ke atas telapak tangan lalu disapukan keseluruh badan. Insyaallah

Surah Al-Baqarah ayat 285-286
Daripada Ibni Mas’ud, berkata Ia : Bersabda Junjungan Nabi s.a.w.:
“Barangsiapa yang membaca dua ayat daripada akhir surah Al-Baqarah pada malam hari nescaya mencukupi keduanya akan dia.”
Adapun dua ayat tersebut ialah :
1. Firman Allah Ta’ala : ( Aamanar rasuulu bimaa unzila llaihi mir rabbihi wal muminuun. Kullun aamana billaahi wamalaaikatihi wakutubihii warusulihii laa nufarriqu baina ahadim mir rusulihii waqaaluu sami’naa wa atha’naa ghufraanaka rabbanaa wailaikal mashiir).
    285. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya”. Mereka berkata lagi: “Kami dengar dan kami ta’at. (Kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.
    2. ( Laa yukallifullaahu nafsan illaa wus’ahaa lahaa maa kasabat wa’alaihaa maktasabat. Rabbanaa laa tu aakhiznaa in nasiinaa au akhtha-naa, rabbanaa walaa tahmil ‘alainaa ishran kamaa hamal tahuu ‘alal ladziina min qablinaa. Rabbanaa walaa tuhammilnaa maa laa thaaqata lanaa bih. Wa’fu ‘annaa waghfir lanaa warhamnaa, anta maulanaa fanshurnaa alal qaumil kaafiriin.)
      286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdo’a dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami terlupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan ma’afkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
      Surah Al-Baqarah (Ayat 285-286)
      Makna mencukupi keduanya bagi sesiapa yang membacanya ialah mencukupi kepadanya daripada melakukan ibadah pada malam hari, atau daripada melakukan bacaan Al-Qur’an, ataupun dapat menolak keduanya kejahatan dan bencana syaitan atau manusia dan jin, atau mencukupi untuk menambah kekuatan iqtikadnya, kerana dua ayat itu ada mengandungi makna iman dan amal secara ringkas.